Proton X70 CKD dijangka akan dilancarkan pada November 2019, harga lebih rendah berbanding versi CBU

Berita baik untuk peminat Proton X70 yang masih dalam perancangan untuk membeli model SUV berkenaan. Menurut laporan, Proton X70 versi pemasangan tempatan (CKD) bakal dilancarkan secara rasmi dalam bulan November 2019 akan datang. Lebih menarik lagi harganya juga dikatakan lebih rendah berbanding versi CBU.

Dari segi spesifikasi, Proton X70 CKD dikhabarkan akan menawarkan enjin 1.5 liter turbo dengan sistem transmisi tujuh kelajuan DCT, di samping enjin 1.8 liter TGDi dengan transmisi automatik enam kelajuan. Pada masa yang sama, Proton juga dikatakan bakal melancarkan sebuah lagi SUV iaitu Proton X50 tidak lama lagi.

Dengan penawaran Proton X70 CKD dan Proton X50, Proton kini berada di landasan yang betul untuk kembali merampas takhta sebagai pengeluar kereta nombor satu di Malaysia. Apatah lagi ketika ini model terbaharu Proton Saga 2019 yang baru saja dilancarkan telah menerima tempahan yang cukup menggalakkan dari pelanggan.

Sumber : Funtasticko.net

(Visited 295 times, 1 visits today)