Debut global Volkswagen Passat 2020 di NAIAS 2019

Bertempat di North American International Auto Show 2019 yang berlangsung di Detroit, USA (14 – 27 Januari 2019) baru-baru ini, Volkswagen Passat model tahun 2020 secara rasminya telah membuat kemunculan sulongnya di pentas global. 

Volkswagen Passat 2020 tampil dengan reka bentuk luaran baharu yang lebih dinamik dan dramatik, dengan bahagian dalamannya menampilkan ruang yang luas, rekaan  baharu yang sofistikated bersama-sama penggunaan material premium.

Ciri-ciri standard yang melengkapi Passat 2020 ini termasuklah rim aluminium-aloi bersaiz 17 inci, lampu LED sepenuhnya, App-Connect, Front Assist with Pedestrian Monitoring, Blind Spot Monitor, dan Rear Traffic Alert. Ciri-ciri bantuan untuk pemandu yang tersedia adalah seperti Adaptive Cruise Control, Lane Assist dan Park Assist.

Passat 2020 turut menawarkan ciri-ciri premium antaranya termasuklah heated rear seats, leather seating surfaces, Adaptive Front-lighting System, dan Fender® Premium Audio system. Untuk pasaran US, ianya didatangkan dengan Bumper-to-Bumper Limited Warranty dengan 6 tahun jaminan atau 72,000 batu (yang mana tiba dahulu).

Volkswagen Passat 2020 masih dikuasakan oleh enjin TSI 2.0 liter turbocas dengan sistem direct-injection, dengan kuasa maksimum 174hp. Kuasa yang terhasil disalurkan ke bahagian roda depan melalui transmisi automatik Tiptronic enam kelajuan.

(Visited 54 times, 1 visits today)