Honda Malaysia lancar HR-V Sport Hybrid i-DCD dan HR-V RS

Honda Malaysia pada 16 Januari 2019 yang lalu secara rasminya melancarkan dua varian terbaharu HR-V untuk pasaran Malaysia – Honda HR-V Sport Hybrid i-DCD dan Honda HR-V RS. Ini menjadikan jumlah varian keseluruhan HR-V yang ditawarkan di pasaran Malaysia ketika ini adalah empat kesemuanya iaitu Hybrid, RS, V dan E.

Dengan pelancaran Honda HR-V Sport Hybrid i-DCD, Malaysia menjadi satu-satunya negara di luar pasaran Jepun yang menerima kemasukan model tersebut. HR-V Sport Hybrid i-DCD dikuasakan enjin 1.5L DOHC i-VTEC dengan sistem Direct Injection yang meningkatkan prestasi kenderaan bersama-sama tahap kecekapan bahan api cemerlang. Enjin tersebut digandingkan dengan transmisi Dual Clutch 7-kelajuan dan sistem Integrated High Power Motor.

Gabungan enjin dan motor yang dibantu oleh High-Power Lithium-Ion Battery membolehkan kuasa hibrid yang terhasil menyamai enjin 2.0 liter dengan respon yang pantas dan pecutan yang menyeronokkan. Dalam mod EV, sistem Sport Hybrid i-DCD membolehkan kenderaan memindahkan kuasa daripada bateri kepada motor, menjadikan pemanduan lebih cekap dan menjimatkan bahan api.

Sistem tersebut juga mengandungi Electric Servo Brake System yang menambahbaik pemulihan tenaga dan sistem penyaman udara Fully Electric Driven Compressor untuk keselesaan pemandu dan juga penumpang. Ciri-ciri eksklusif hibrid yang lain termasuklah 3D Illuminated Meter Cluster Multi Information Display, Shift by Wire dan Sport Mode.

Untuk model HR-V RS terbaharu, ianya dikuasakan enjin 1.8L SOHC i-VTEC yang dipadankan dengan Honda Earth Dreams Technology Continuous Variable Transmission (CVT), menghasilkan keseimbangan di antara prestasi dan kecekapan penggunaan bahan api. Ianya juga dilengkapi dengan ciri baharu yang menarik – sistem stereng Variable Gear Ratio (VGR) untuk pemanduan yang lebih sporty. Diperkenalkan untuk pelanggan yang mahukan sebuah SUV kompak berprestasi, varian RS turut didatangkan dengan Sporty 18-inch Dual-Tone Alloy Wheels, Sporty Design Front Grille dan bampar depan dan belakang hitam untuk penampilan yang lebih sporty.

HR-V terbaharu ini bukan saja menampilkan teknologi yang canggih, malah turut memperkenalkan personaliti sofistikated dengan ciri praktikal dan berguna seperti Multi-Utility Cargo Space yang menawarkan ruang kabin yang menjadi pendahulu di dalam kelasnya. HR-V terbaharu juga menetapkan aras baharu di dalam segmen SUV kompak dengan memperkenalkan ciri-ciri yang bernilai seperti Multi-Angle Rearview Camera, 8-Way Driver Power Seat (V & RS), tempat duduk kulit sepenuhnya (V & RS), Honda LaneWatch camera (V & RS), Cruise Control dan Paddle Shift.

Ciri-ciri keselamatan standard yang melengkapi HR-V terbaharu termasuklah Six Airbags, Emergency Stop Signal (ESS), Vehicle Stability Assist (VSA), Hill Start Assist (HSA) dan ISO Fix.

Honda HR-V terbaharu di pasaran Malaysia ketika ini boleh didapati dengan pilihan 5 warna menarik seperti Passion Red Pearl (warna baharu), Modern Steel Metallic, Lunar Silver Metallic, Ruse Black Metallic, dan White Orchid Pearl. Turut ditawarkan bersama-sama HR-V terbaharu ini ialah pakej aksesori yang diberi nama Modulo Package pada harga RM5,737, Urban Package pada harga RM1,716 dan Utility Package berharga sebanyak RM902 (terma dan syarat). Honda Malaysia masih meneruskan tawaran tempoh jaminan 8 tahun dengan jarak perbatuan tanpa had untuk bateri hibrid.

Berikut ialah senarai harga untuk Honda HR-V terbaharu di pasaran Malaysia (On The Road tanpa insuran) :

  • 2019 Honda HR-V E : RM108,800
  • 2019 Honda HR-V V : RM118,800
  • 2019 Honda HR-V RS : RM124,800
  • 2019 Honda HR-V Sport Hybrid i-DCD : RM120,800
(Visited 62 times, 1 visits today)