Chevrolet Corvette Stingray 2020 ditawarkan pada harga bermula dari $59,995 di pasaran USA

Generasi terbaharu Chevrolet Corvette Stingray model tahun 2020 telah pun dilancarkan di pasaran USA dengan jayanya pada pertengahan Julai 2019 yang lepas. Model tersebut tampil dengan gaya rekaan yang cukup menarik dan sporty, di samping enjin yang cukup berkuasa termasuk dengan kelengkapan pelbagai teknologi terkini.

Antara perubahan utama untuk Chevrolet Corvette Stingray 2020 ini ialah kedudukan enjinnya yang kini beralih ke bahagian tengah untuk prestasi yang lebih baik. Enjin tersebut bersesaran 6.2 liter V8 dengan ciri aspirasi normal, seterusnya menghasilkan kuasa maksimum yang mencapai angka 495hp dengan tork puncak 637Nm.

Enjin tersebut kemudiannya dipadankan dengan sistem transmisi 8-kelajuan DCT (dual-clutch transmission) yang bukan saja pantas beroperasi malah sangat cemerlang dalam tugasan pemindahan kuasa. Menurut Chevrolet, Corvette Stingray 2020 mampu mencapai tahap pecutan maksimum sehingga 194 mph batu, bersamaan 312 km/j.

Berkenaan harga yang ditawarkan di pasaran USA, ianya boleh dikatakan sangat berpatutan apabila harga untuk Corvette Stingray 2020 bermula dari hanya $59,995 sahaja untuk pakej 1LT. Bagi pakej 2LT dan 3LT, masing-masing boleh dimiliki pada harga $67,295 dan $71,945. Di bawah berikut ialah galeri gambarnya, saksikan.

(Visited 36 times, 1 visits today)