Debut Hyundai Elantra GT N Line 2019 untuk pasaran US

Untuk pasaran luar negara, Hyundai menawarkan pelbagai model yang menarik, sporty dan berkuasa. Sebagai contoh, baru-baru ini model terbaharu Hyundai Elantra GT N Line 2019 telah melakukan debut rasmi untuk pasaran US. Elantra GT N Line merupakan model Hyundai pertama dalam siri N yang diperkenalkan di pasaran US.

N Line menerima elemen rekaan lebih sporty dan sistem penjana kuasa serta casis yang dipertingkatkan untuk model semasa Hyundai. N Line merupakan sebahagian daripada portfolio produk dan jenama ‘N’ Hyundai, yang mana ianya termasuk dalam pelbagai model yang kian berkembang seperti Veloster N, i30 N dan i30 Fastback N.

Hyundai Elantra GT N Line 2019 menggantikan model Elantra GT Sport 2018 dan memberikan petunjuk bahawa lebih banyak model N Line akan tiba untuk produk masa depan Hyundai. Untuk pasaran US, jualan Elantra GT N Line dan Elantra GT 2019 kini telah pun bermula, dan masing-masing dikuasakan enjin 1.6L Turbo dan 2.0L.

Enjin 1.6L Turbo GDI yang melengkapi Elantra GT N Line dipadankan sama ada dengan transmisi manual enam kelajuan atau DCT (Dual Clutch Transmission) dengan SHIFTRONIC. Kuasa yang terhasil mencapai 201 kuasa kuda dengan tork 195 lb.-ft. bagi memenuhi keperluan prestasi dan juga kecekapan penggunaan bahan api.

Harga yang ditawarkan untuk Elantra GT 2019 adalah sebanyak $20,450, manakala Elantra GT N Line manual dan Elantra GT N Line automatik masing-masing pada harga $23,300 dan $24,400. Berikut ialah ciri-ciri keselamatan Hyundai SmartSense untuk model Elantra GT N Line, termasuk pakej teknologi yang ditawarkan.

Ciri-ciri keselamatan :

  • Smart Cruise Control with start/stop capability
  • Forward Collision-Avoidance Assist
  • High Beam Assist
  • Lane Keep Assist
  • Driver Attention Warning

Pakej teknologi :

  • Panoramic sunroof
  • Eight-inch Navigation system (AVN 5.0)
  • Blue Link Connected Car System
  • Ventilated seats
  • Power driver’s seat with lumbar support
  • Infinity Premium Audio with seven speakers including subwoofer (deletes two-stage rear cargo floor)
  • Wireless charging pad (Qi)
  • Smart Cruise Control with start/stop capability
  • Forward Collision-Avoidance Assist
  • High Beam Assist
  • Lane Keep Assist
  • Driver Attention Warning
  • Auto-dimming rearview mirror with Blue Link and HomeLink

Elantra GT N Line juga dibekalkan teknologi key entry dengan electronic push button start sebagai kelengkapan standardnya.

(Visited 82 times, 1 visits today)