Ford Mustang Shelby GT500 2020 diperkenalkan, versi jalanan paling berkuasa dalam sejarah Ford Mustang

Ford baru-baru ini telah memperkenalkan jentera berprestasi tinggi Mustang Shelby GT500 model tahun 2020 serba baharu, dan ianya dikatakan sebagai model jalanan (street-legal) Ford Mustang paling berkuasa pernah diperkenalkan setakat ini.

Ford Mustang Shelby GT500 2020 merupakan hasil kejuruteraan Ford Performance, dengan enjin V8 5.2 liter supercas miliknya mampu menghamburkan kuasa melebihi 700 kuasa kuda untuk pecutan terpantas, di samping dilengkapi oleh pelbagai teknologi berprestasi tinggi yang setakat ini pernah ditawarkan untuk Ford Mustang.

Pilihan warna untuk Mustang Shelby GT500 2020 ini termasuklah Red Hot, Twister Orange dan Iconic Silver, dan turut boleh didapati dengan kemasan jalur bagi menyerlahkan lagi penampilan sedia adanya yang begitu sporty, berkuasa dan agresif.

(Visited 189 times, 1 visits today)