Honda akan mempamerkan prototaip kereta eletrik baharu di Geneva Motor Show 2019

Honda telah mengesahkan bahawa mereka akan mempamerkan prototaip kereta eletrik baharu di Geneva Motor Show 2019, yang bakal berlangsung dalam bulan Mac 2019 akan datang. Setakat ini sekeping imej teaser model berkenaan telah didedahkan, memperlihatkan rekaannya yang kompak, bersih, ringkas dan unik. 

Pengenalan model prototaip tersebut mengukuhkan lagi komitmen ‘Electric Vision’ Honda untuk mengeluarkan kereta eletrik, yang mana perancangannya dua pertiga daripada jualan di pasaran Eropah akan berteraskan teknologi eletrik menjelang tahun 2025. Versi produksi massa kereta tersebut akan dijual pada tahun ini.

(Visited 57 times, 1 visits today)