Maserati Levante Vulcano diperkenalkan, edisi terhad 150 unit

Maserati memperkenalkan model terbaharu Maserati Levante Vulcano, dikeluarkan secara eksklusif dalam edisi terhad hanya 150 unit sahaja. Menurut Maserati, model berkenaan dikhususkan untuk pasaran Eropah dan juga Asia.

Maserati Levante Vulcano didatangkan dengan enjin petrol V6 twin-turbo, dalam dua versi pilihan kuasa iaitu 350hp dan 430hp, dan ianya direka oleh Maserati Powertrain dan dibina di kilang Ferrari yang terletak di Maranello.

Maserati Levante Vulcano edisi terhad ini telah dijual di pasaran UK pada harga bermula dari £85,425 OTR untuk versi 350hp dan £93,000 OTR untuk versi 430hp.

(Visited 57 times, 1 visits today)