Model baharu Mitsubishi L200 Series 6 kini di pasaran UK

Mitsubishi baru-baru ini telah mengumumkan bahawa model terbaharu Mitsubishi L200 Series 6 kini secara rasminya mula dijual di pasaran UK. Harga yang ditawarkan untuk model trak pikap berkenaan bermula dari hanya £21,515 bagi varian permulaan Mitsubishi L200 4Life Club Cab.

Menurut Mitsubishi, generasi terbaharu Series 6 telah dibangunkan oleh syarikat tersebut sebagai model yang paling berkemampuan pernah dibina, antaranya dengan ciri-ciri seperti tahap pemanduan yang diperhalusi bagaikan pemanduan kereta dan sistem keselamatan canggih dan moden yang melengkapi model berkenaan.

Mitsubishi L200 Series 6 juga dikatakan menerima penambahbaikan signifikan dalam keupayaan pikapnya, di mana ianya kekal lasak dan sekarang mampu membawa beban sehingga 1,080kg, termasuklah naiktaraf sistem 4WD untuk meningkatkan lagi keupayaan luar biasanya di jalanan off-road.

Di bawah bonetnya merupakan enjin turbo diesel bersesaran 2,268cc dengan piawaian Euro 6d dan transmisi automatik 6-kelajuan baharu yang menghasilkan tahap pelepasan emisi lebih rendah dan kecekapan bahan api yang lebih baik, seterusnya memberikan penjimatan bahan api ketara di dunia nyata.

(Visited 36 times, 1 visits today)