Nissan 370Z 50th Anniversary Edition 2020 diperkenalkan bagi meraikan ulangtahun ke-50 model Z

Dalam bulan April 2019 yang lepas, Nissan telah memperkenalkan model istimewa Nissan 370Z 50th Anniversary Edition 2020, bertempat di New York, bagi memperingati model Datsun 240Z #46 BRE (Brock Racing Enterprises) yang meraih pelbagai kejuaraan dalam SCCA National Championships yang dipandu oleh John Morton.

Menurut Nissan, New York merupakan bandar yang sama sewaktu model asal Datsun 240Z membuat kemunculan pertama di pasaran USA setengah abad yang lalu. Nissan 370Z 50th Anniversary Edition 2020 tampil dengan jalur perlumbaan yang tersendiri, dalam dua pilihan warna yang menyerlah iaitu Putih/Merah dan Perak/Hitam.

Enjin yang menjana 370Z 50th Anniversary Edition merupakan enjin terkenal Nissan dengan kapasiti 3.7 liter V6, menghasilkan kuasa maksimum 332hp @ 7,000rpm dengan tork puncak 270 lb-ft @ 5,200rpm. Sistem transmisi yang dipadankan ialah manual 6-kelajuan bersama-sama pilihan sistem transmisi automatik 7-kelajuan.

Untuk pasaran USA, Nissan 370Z 50th Anniversary Edition 2020 ditawarkan pada harga MSRP bermula dari $36,420 untuk transmisi manual dan $37,670 untuk transmisi automatik. Selain daripada model 50th Anniversary Edition, 370Z 2020 di pasaran USA turut ditawarkan dalam varian asas, Sport, Sport Touring dan 370Z NISMO.

(Visited 30 times, 1 visits today)