ROUSH Performance perkenal model custom ROUSH Stage 3 Mustang 2019

Syarikat penala kenderaan ROUSH Performance baru-baru ini telah memperkenalkan model custom terbaharunya, ROUSH Stage 3 Mustang 2019 yang direka khusus untuk Wade Kawasaki, pemimpin industri automotif aftermarket, bertempat di McCall’s Motorworks Revival pada 14 Ogos 2019 di Monterey, California.

Jentera berprestasi tinggi ROUSH Stage 3 Mustang tersebut dibina untuk Kawasaki sebagai sebuah model “track-capable daily driver”, yang bukan saja mampu beraksi di litar malah dikatakan sesuai untuk pemanduan harian. Ianya menampilkan warna ikonik Gulf Racing berwarna biru dan oren yang dicat oleh SpeedKore Performance Group bagi memadankannya dengan skim warna bersejarah kereta lumba Ford yang pernah beraksi dalam perlumbaan di Le Mans setengah abad yang lalu.

Dikuasakan enjin V8 bersesaran 5.0 liter Ti-VCT, jentera tersebut dipasangkan ROUSH TVS R2650 Supercharger dengan ROUSH Cold Air Intake dan kalibrasi ROUSH untuk menghasilkan kuasa maksimum keseluruhan 710hp dengan tork 610 ft-lb. Menurut ROUSH Performance, pelbagai peningkatan prestasi yang lain telah dilakukan untuk ROUSH Stage 3 Mustang 2019, sama ada di bahagian luaran dan juga dalaman.

(Visited 56 times, 1 visits today)