Lynk & Co menjadi jenama baharu terpantas di dunia dalam jualan kenderaan

Jenama automotif Lynk & Co mungkin masih lagi asing kepada peminat dunia permotoran tempatan dan juga antarabangsa. Bermula secara rasmi pada tahun 2016, syarikat tersebut kini dimiliki oleh gergasi automotif Geely dari China, pada masa yang sama Geely turut mempunyai pegangan antaranya di dalam Volvo, Proton dan Lotus.

Menurut Wikipedia, Lynk & Co merupakan syarikat usahasama antara China dan Sweden, dengan posisinya diletakkan di antara jenama Geely dan Volvo. Berkenaan prestasi syarikat yang baru berusia setahun jagung ini, Lynk & Co kelmarin telah mengumumkan prestasi luar biasa yang berjaya diraihnya dalam tempoh setahun.

Menurut Lynk & Co, syarikat tersebut telah berjaya mencatatkan rekod jualan terpantas di dalam sejarah untuk tahun pertama, bermula dengan tahun 2018 apabila menjual secara keseluruhan 120,414 unit kenderaan di pasaran China. Dalam tempoh hanya 3 tahun, Lynk & Co yang pada asalnya sekadar sebuah idea dari Gothenburg, Sweden, kini telah menjadi jenama terpantas berkembang di dunia, memulakan langkah pada tahun 2018 dengan membuka 221 cawangan jualan di China.

Tumpuan Lynk & Co kini beralih untuk meluaskan lagi pasarannya ke pasaran Eropah. Pusat jualan pertama yang akan dibuka pada tahun 2020 merentasi benua tersebut antaranya seperti Amsterdam, Berlin, Brussels, Stockholm, London dan Barcelona.

(Visited 124 times, 1 visits today)