Mitsubishi Eclipse Cross capai jualan global lebih 80,000 unit

Selepas setahun diperkenalkan, jualan global Mitsubishi Eclipse Cross kini telah melepasi paras 80,000 unit. Model tersebut mulanya dilancarkan di pasaran Eropah, Jepun dan kemudiannya ke pasaran US pada awal 2018. Berikut ialah data jualan Mitsubishi Eclipse Cross di pasaran global :

  • Europe : 33,287 sales
  • North America : 14,026 sales
  • AUS/NZ : 9,332 sales
  • Japan : 11,592 sales
  • Others : 11,877 sales

Menurut Mitsubishi, Eclipse Cross menawarkan sesuatu yang sangat berbeza di dalam sektor SUV kompak. Model tersebut hadir dengan rekaan coupe yang bergaya dengan gabungan fungsi SUV Mitsubishi dan pengalaman pemanduan tersendiri, menjadikannya sebagai sebuah kereta yang bergaya, lasak dan bagus untuk dipandu.

Sebagai tambahan kepada kejayaan jualannya, Mitsubishi Eclipse Cross telah dinamakan sebagai “RJC Car of the Year 2019” oleh Automotive Researchers’ & Journalists’ Conference of Japan (RJC). Pemenang dipilih daripada pelbagai model yang dilancarkan untuk pasaran domestik Jepun.

Pakar penilai dari RJC memuji penampilannya yang tajam, prestasi jalan raya yang sangat baik dan pemanduan yang seimbang daripada Mitsubishi Eclipse Cross.

(Visited 70 times, 1 visits today)