SUV baharu SKODA Kamiq untuk pasaran Eropah

SKODA telah mengumumkan SUV baharu keluarannya nanti akan diberi nama SKODA Kamiq. Model crossover itu merupakan SUV ketiga SKODA untuk pasaran Eropah. Kamiq merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa Inuit yang mana penduduknya tinggal di bahagian utara Canada dan Greenland.

SKODA Kamiq merupakan model urban crossover  yang sesuai untuk kegunaan seharian di dalam bandar moden. Nama SKODA Kamiq telah pun dikenali di pasaran China di mana model tersebut diperkenalkan pada tahun lepas. Untuk pasaran Eropah, SKODA Kamiq terbaharu ini akan melakukan kemunculannya di Geneva Motor Show 2019 yang bakal berlangsung dari 5 sehingga 17 Mac 2019.

(Visited 48 times, 1 visits today)