Category: Honda

Honda Winner X terima warna baharu di pasaran Vietnam

Honda Winner X yang diperkenalkan di pasaran Vietnam sejak Julai 2019 yang lalu kini ditawarkan dalam dua pilihan warna baharu, iaitu gabungan warna biru, merah dan putih dan juga gabungan warna jingga bersama-sama warna hitam. Sebelum ini Honda Winner X ditawarkan dalam pilihan tujuh warna yang menarik dan sporty, menjadikan pilihan yang tersedia ketika ini kepada sembilan warna kesemuanya. (more…)

Model baharu Honda Winner X dilancarkan di pasaran Vietnam

Untuk pasaran Vietnam, motosikal moped popular Honda Winner 150 secara rasminya diperkenalkan dalam bulan April 2016. Model tersebut turut dilancarkan di beberapa negara ASEAN yang lain termasuk Malaysia, dan ianya dikenali dengan nama Honda RS150R. Di pasaran Malaysia, Honda RS150R bersaing hebat dengan model moped terkenal lain seperti Yamaha Y15ZR dan SYM VF3i yang mempunyai enjin 185cc. (more…)

Honda Civic Si Coupe dan Si Sedan 2020 dilancarkan dengan kemaskini gaya dan prestasi baharu

Untuk pasaran USA, Honda baru saja melancarkan Civic Si Coupe dan Civic Si Sedan model tahun 2020, yang kini tampil dengan kemaskini gaya dan prestasi baharu. Kedua-dua model tersebut kini mempunyai gaya dan penampilan yang lebih segar dan agresif, nisbah pemacu akhir (final-drive) yang lebih pendek untuk pecutan yang lebih responsif, dan rangkaian sistem keselamatan Honda Sensing sebagai ciri standard. (more…)